12 PATI ditahan semasa naik bas

12 PATI ditahan semasa naik bas

SEBAHAGIAN pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan polis semasa menaiki sebuah bas ekspres semasa Op Cantas di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan, kelmarin.IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa menaiki sebuah bas ekspres menerusi Op Cantas di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini, kelmarin.

Dalam operasi pukul 1 pagi itu, polis telah menahan lapan orang warganegara India dan empat warganegara Bangladesh yang masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kesemua warga asing berusia antara 21 hingga 39 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua penumpang di dalam bas terbabit mendapati ada 12 PATI lelaki warganegara India dan Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua PATI itu dibawa ke IPD Gua Musang bagi dijalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, kejayaan penahanan PATI itu adalah hasil kerjasama pihaknya bersama Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengekang pergerakan warganegara asing yang masuk ke negeri ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Katanya, pihaknya menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyeludupan PATI sekitar daerah ini boleh menyalurkan maklumat di balai berhampiran atau melalui talian 09-9121222.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN