Wanita lumpuh dijaga cucu sebak perhatian Yayasan Bank Rakyat

Wanita lumpuh dijaga cucu sebak perhatian Yayasan Bank Rakyat

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (kanan) menyantuni Moreena Mohamed yang lumpuh separuh badan di Kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita lumpuh separuh badan akibat serangan penyakit angin ahmar yang kini dijaga oleh cucunya berusia 11 tahun sebak apabila keperitahan hidupnya mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang menghulurkan sumbangan wang tunai RM 3,000 dan sebuah kerusi roda.

Moreena Mohamed berkata, dia terharu atas sumbangan YBR apabila sudi menjenguk keadaannya yang sudah uzur dan terlantar.

Menurutnya, dia sebelum ini bekerja sebagai pengutip barangan lusuh hilang punca pendapatan selepas diserang angin ahmar semasa bulan Ramadan pada April lalu.

“Selepas tidak bekerja, saya dijaga sepenuhnya oleh Mohammad Hairis Haikal kerana sudah separuh badan sudah lumpuh dan hanya mampu terlantar.

“Alhamdulillah, kami berdua akan menggunakan sumbangan wang tunai yang disampaikan YBR untuk membeli barangan dapur dan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kesusahan hidup Moreena, 59, yang dijaga oleh cucunya, Mohammad Hairis Haikal Abdullah,11, sehingga kanak-kanak itu tidak dapat pergi ke sekolah.

Moreena memberitahu, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak YBR atas sumbangan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Sementara itu, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil untuk melihat sendiri keadaan Moreena yang lumpuh sehingga perlu bergantung harap kepada cucunya.

Katanya, bantuan wang tunai RM3,000 itu diharap dapat mengurangkan beban terutamanya untuk membeli keperluan harian dan ubat-ubatan memandangkan wanita tersebut sudah tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

“Selain itu, bantuan sebuah kerusi roda itu juga untuk memudahkan pergerakan Moreena. Cucu yang menjaganya juga tidak dapat pergi ke sekolah selepas wanita itu memerlukan perhatian penuh selepas tidak boleh bergerak.

“Selain YBR, saya berharap lebih banyak lagi organisasi atau individu yang membantu meringankan beban Moreena dan cucunya,” ujarnya.

Selepas kisah Moreena dan cucunya tular, dua sekeluarga itu mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menyalurkan sumbangan kepada mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya