Tidak nampak mayat mangsa – Saksi

Tidak nampak mayat mangsa – Saksi

PASUKAN Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas di Persiaran Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor, semalam. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang saksi tragedi jet eksekutif terhempas di Persiaran Elmina dekat sini mendakwa, dia tidak nampak fizikal mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut walaupun antara yang terawal sampai di kawasan kejadian.

Shahib Mohd. Shuhaili, 25, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 3 petang selepas nampak kepulan asap dari tempat dia bekerja yang terletak satu kilometer.

“Saya bersama beberapa rakan sampai di lokasi kejadian sebelum pihak berkuasa sampai sini.

“Sampai sini, memang sudah tak nampak mayat. Bangkai pesawat, kereta dan motosikal, semuanya hancur dan terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 38, berkata, dia nampak pesawat itu terhempas ketika dia sedang menghantar makanan kepada pelanggannya.

Namun, pekerja penghantar makanan itu berkata, dia tidak pasti berapa mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut tetapi menyifatkan lokasi kejadian itu sebagai menakutkan de­ngan api yang marak, asap tebal dan kesan terbakar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman sedih apabila mengetahui Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Menurutnya, beliau baru dua hari lepas bersama Allahyarham berbincang berkenaan pemba­ngunan di Bentong dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang diwakili ­Allahyarham.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan ADUN Pelangai itu dipercayai antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN