Tiada suspek disyaki dikesan letak bom di kereta Siti Kasim

Tiada suspek disyaki dikesan letak bom di kereta Siti Kasim

POLIS giat jalankan siasatan terhadap kes penemuan bom buatan sendiri pada kereta milik Siti Kassim dan menggangap tindakan ini sebagai cubaan bunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh polis berhubung siasatan kes penemuan objek yang merupakan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) diletakkan pada kereta aktivis, Siti Kasim pada 21 Julai lalu.

Mengesahkan perkara itu, Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penelitian terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut tidak menunjukkan ada suspek boleh disyaki (potential suspect).

Beliau yang juga bakal Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memberitahu, rakaman CCTV berkenaan tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.

Malah, beliau berkata, pihaknya juga tidak menemukan sebarang cap jari yang individu disyaki di kenderaan itu.

“Buat masa ini, kita tidak ada petunjuk untuk menjuruskan kepada sesiapa, namun siasatan masih dibuka dan kes berkenaan tidak pernah ditutup

“Kita harap, sesiapa yang ada maklumat boleh panjangkan kepada pihak kita bagi siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Allaudeen menggantikan Mohd Shuhaily yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. 

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.

Pada 31 Julai lalu, polis mengesahkan mengambil keterangan 13 individu terdiri daripada mangsa, rakan-rakan, mekanik dan pengawal keselamatan kediaman mangsa.

Kesemua mereka dipanggil dalam lingkungan umur antara 26 hingga 60 tahun.

Hasil siasatan dan pemeriksaan polis mendapati bahan letupan tersebut sempurna dan lengkap untuk berlakunya letupan.

Antara bahan ditemukan dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan itu adalah kain, diesel, wayar, bateri dan mercun.

Ketika bom itu ditemukan, ia dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup) dan untuk menghidupkannya perlu ditekan suis itu secara fizikal. 

21 Julai lalu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemukan di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kasim adalah bom jenis IED.

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta letupan 1957.

Dalam pada itu, Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada pukul 12 tengah hari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya