SPR tegur jentera PH langgar waktu permit - Utusan Malaysia

SPR tegur jentera PH langgar waktu permit

PETUGAS SPR meminta jentera PH menutup kaunter kempen mereka di tapak Pasar Malam Taman Sutera, Johor Bahru kerana melanggar waktu permit kempen diberikan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur jentera Pakatan Harapan (PH) kerana membuka kaunter bergerak bagi berkempen di tapak Pasar Malam Taman Sutera, di sini.

Sehubungan itu, petugas SPR yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen di kawasan berkenaan meminta jentera PH menutup kaunter berkenaan.

“Jika berdasarkan permit dikeluarkan polis, jentera PH hanya dibenarkan untuk berkempen di sini bermula pukul 7.30 malam, waktu ini (5.30 petang) adalah waktu jentera Perikatan Nasional (PN).

“Perbezaan waktu yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tiada sebarang perselisihan berlaku antara jentera kedua-dua pihak, PH dan juga PN,” katanya ditemui pemberita, di sini hari ini.

Sehubungan itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How meminta jentera PH menutup sementara kaunter berkenaan bagi mematuhi peraturan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN