Sokong calon kerajaan perpaduan, teruskan legasi Rahmah - PH Johor - Utusan Malaysia

Sokong calon kerajaan perpaduan, teruskan legasi Rahmah – PH Johor

SPR memasang pelekat halangan di kawasan Dewan Jubli Intan, Johor Bahru yang akan menjadi lokasi hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai, 26 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Para pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu menyokong calon kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini bagi meneruskan legasi Payung Rahmah yang dimulakan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Majlis Pimpinan PH Johor, iaitu PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (Amanah) komited bagi memastikan kedua-dua kerusi itu kekal dimenangi gabungan tersebut pada PRK itu nanti.

“PH Johor tidak akan mengambil mudah terhadap dua PRK ini. Segala strategi akan diperhalusi bagi memastikan kemenangan.

“Pada masa sama, perbincangan turut dibuat bersama Barisan Nasional (BN) atas semangat kerajaan perpaduan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

PRK di kedua-dua kerusi tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya,  Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN