Selangor berpesta gol, tumpaskan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Selangor berpesta gol, tumpaskan Negeri Sembilan

YOHANDRY Jose Orozco Cujia meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan di tangga kedua Liga Super, Selangor FC menumpaskan Negeri Sembilan FC dengan jaringan besar 4-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Menguasai perlawanan sejak awal, Gergasi Merah itu memperoleh jaringan pertama pada minit ke-26 menerusi sentuhan penyerang import, Richmond Boakye-Yiadom yang merembat deras dari luar kotak penalti dan menewaskan Muhammad Firdaus Irman Mohd. Fadhil di gawang tuan rumah.

Skuad Jang kemudian cuba mencari gol penyamaan namun sehingga tamat separuh masa, kedudukan kekal memihak pasukan pelawat.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan penuh Selangor dan pada minit ke-50, pasukan itu mendapat jaringan seterusnya dan kali ini menerusi Ayron Del Valle Rodriguez yang menyempurnakan hantaran satu dua di antara Yohandry Jose Orozco Cujia dan Muhammad Mukhari Ajmal Mahadi.

Jose Orozco terus menambah derita buat tuan rumah apabila mudah menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-74 selepas hanya bertukar hantaran Ayron Del Valle.

Pada minit-82, pertahanan Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar mematikan terus perjuangan Negeri Sembilan apabila menanduk masuk gol keempat skuad merah kuning itu.

PERTAHANAN Negeri Sembilan kecewa apabila gawang mereka dibolosi dengan empat jaringan dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sehingga tamat perlawanan, kedudukan berakhir dengan keputusan 4-0 memihak Selangor sekali gus mengutip tambahan tiga mata menjadikan keseluruhan 46 mata selepas 21 perlawanan.

Negeri Sembilan yang beraksi kurang satu perlawanan terus terhimpit dengan kekalahan dengan hanya mengutip 21 mata setakat ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya