SEREMBAN: “Sekarang ini sudah tidak macam dulu, tidak boleh melompat lagi. Kalau mahu ubah sokongan, seluruh parti kena keluar daripada kerajaan. Kalau seorang-seorang tidak boleh.” Itu kata-kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mengulas naratif pimpinan Perikatan Nasional (PN) bahawa kerajaan Pusat akan berubah jika PN menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) hujung minggu ini. Kata Ahli Parlimen Rembau itu, kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan…