PRN: Tukar Pas di Kelantan, selesaikah isu air soal Mohd. Amar

PRN: Tukar Pas di Kelantan, selesaikah isu air soal Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah melihat pertukaran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak akan mampu menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlaku sejak sekian lama.

Mohd. Amar berkata, beliau hairan setiap kali gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berceramah mereka akan terus membangkitkan isu masalah air, namun perkara itu tidak manifesto mereka untuk PRN kali ini.

“Tapi yang keluar parkir percuma, diskaun cukai. Patutnya jelaskan bagaimana nak selesaikan isu air, apa yang mahu dilakukan bagi menyelesaikan masalah air. 

“Apa perancangan, pelan dan belanja yang diperlukan, barulah nampak jantan,” katanya semasa berucap pada Ceramah Akhir PRN Kelantan di Dataran Kemuning, di sini malam tadi.

Mohd. Amar memberitahu, jika pentadbiran Kelantan diserahkan kepada gabungan BN-PH ia tetap akan bermasalah. 

“Bagi dekat PH…Pulau Pinang, Selangor, tiada ada masalah air ke?. Mereka kata kita pusing (isu), tapi itulah hakikat sebenarnya. Sebab tukar nak selesaikan masalah air, bagi dekat Pas sudah 30 tahun air tidak dapat diselesaikan. 

“Dia tidak sedar (BN) khianat (sekat peruntukan)…sepajang 10 tahun kita (Kerajaan Kelantan) tidak dapat peruntukan. Negeri yang ditadbir pun mereka (BN-PH) gagal mengatasi perkara tersebut,” ujarnya.

Masalah air bukanlah perkara baharu malah ia sudah menjadi ‘duri dalam daging’ buat seluruh rakyat di negeri ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya