PRN: TDM sedia kerjasama dengan pihak berkuasa lain

PRN: TDM sedia kerjasama dengan pihak berkuasa lain

TENGKU Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim (kiri) bertemu anggota United States Army Pacific Command (Usarpac) semasa Penutup Eksesais Keris Strike Siri 28/23 di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tentera Darat Malaysia (TDM) sedia menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain di negara ini melancarkan lagi perjalanan kerja pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Panglima Medan Barat TDM, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pada masa sama pihaknya sudah mengenalpasti 27 kawasan DUN di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dan bersedia menempatkan pegawai serta anggota jika perlu berbuat demikian.

“Seperti biasa untuk pilihan raya, pihak kita sentiasa membuat persiapan bagi membantu penugasan berkaitan mengikut kawasan dibawah Pemerintah Medan Barat TDM.

“Ia melibatkan enam  kawasan DUN masing-masing di Kelantan dan Kedah, Pulau Pinang (tujuh) serta Terengganu (lapan),” katanya pada sidang akhbar selepas Penutup Eksesais Keris Strike Siri 28/23 di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fauzi memberitahu, pada masa sama TDM turut berhubung dengan ketua polis daerah di kawasan terlibat bagi melancarkan penugasan semasa PRN.

Katanya, untuk PRN kali ini tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus ke atas pegawai dan anggota yang dijangkiti Covid-19 untuk keluar menjalankan tanggungjawab memilih pada hari pengundian awal 8 Ogos nanti.

“Lagipun kita bukan fasa pandemik dan tiada masalah kerana anggota sudah pun mengambil dos ketiga. Mereka yang mengalami selsema hanya perlu memakai pelitup muka untuk membuat undian awal. 

“Seramai lebih 17,000 pegawai dan anggota bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab,” ujarnya.

Mengulas mengenai Eksesais Keris Strike Siri 28/23 Tengku Muhammad Fauzi berkata, latihan yang berlangsung selama tiga minggu itu melibatkan seramai 3,303 pegawai dan anggota TDM termasuk United States Army Pacific Command (Usarpac).

Katanya, latihan bersama itu dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan.

“Antara lain, untuk meningkatkan tahap pengetahuan anggota TDM dan Usarpac khususnya dalam fasa peperangan konvensional di samping perkongsian idea dan pengalaman,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya