SEREMBAN: Sebanyak dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini dikategorikan sebagai kerusi kelabu (dijangka sukar) kini dilihat sudah beralih kepada kerusi putih (berpeluang cerah menang). Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dapatan isu selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 berlangsung dan ia menunjukkan sokongan yang diterima parti itu di peringkat akar umbi makin kukuh.…