Tawaran jawatan SU Agung UMNO, Hamzah berhentilah berbohong-Ahmad Zahid

Tawaran jawatan SU Agung UMNO, Hamzah berhentilah berbohong-Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi semasa sidang akhbar sempena Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar, di Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya berhenti berbohong tentang pelbagai isu setiap kali menjelang pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya negeri (PRN).

Beliau berkata, setiap kali diadakan pilihanraya kecil (PRK) atau PRN, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sering kali berbohong dan menipu dengan membawa pelbagai isu.

“Saya kenal dia (Hamzah) dari zaman muda..kuat membohong. Malangnya dia jadi ketua pembangkang di Parlimen Malaysia.

“Saya harap dia tidak membohong apabila berhujah di Parlimen kerana pengalaman saya dari zaman muda sampai dah tua bercucu dah pun, tak habis-habis membohong…cukuplah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan sebuah video tular, seorang penceramah (Hamzah) menyatakan telah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO sekiranya dia menyokong Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO pada 2018.

“Saya ingin memberitahu orang itu (Hamzah) bahawa tidak ada tawaran untuk dia menjadi Setiausaha Agung UMNO, apatah lagi (saya) menjunjung al-Quran,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin pada PRK Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung esok, ia akan berpihak kepada calon daripada kerajaan Madani.

Semalam, Hamzah dalam ceramah umum Perikatan Nasional (PN) menyatakan Ahmad Zahid telah menawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO kepadanya jika beliau menyokong Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai presiden parti dalam pemilihan UMNO pada 2018.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyatakan beliau telah dijemput ke rumah Ahmad Zahid dan diminta untuk memberi sokongan untuk menjadi presiden.

Kata beliau lagi, Ahmad Zahid juga telah memegang al-Quran dan berjanji untuk melantiknya sebagai setiausaha agung jika memenangi jawatan berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN