Pengundi Kelantan elok la tukar sekali -Khairuddin Aman Razali

Pengundi Kelantan elok la bagi tukar sekali -Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengundi di Kelantan diminta untuk melakukan perubahaan bagi kerajaan negeri melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Islam tidak akan terancam sekiranya pengundi Kelantan mengubah kerajaan negeri kerana ia tetap akan terus dipelihara dan dijaga.

“Elok la tukar sekali kerana sudah lama dengan rasa selesa berkerajaan sehingga kegagalan pembangunan ditutup dengan jubah dan kopiah.

Islam tetap berdaulat dijaga, dipelihara dan diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-raja Melayu. Islam juga diurus dan diperkasakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama-sama Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, selain daripada Kelantan, PRN akan turut melibatkan lima negeri lain iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Sejak tahun 1990, Pas berjaya mengekalkan pengaruh mereka di Kelantan untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Jadi bagi PRN kali ini, gabungan antara BN dan PH berusaha untuk menewaskan Pas di Kelantan dan mengambil alih negeri tersebut dengan menjanjikan menyelesaikan masalah-masalah dihadapi masyarakat di sana.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya