Pemandu lori didakwa bunuh bapa - Utusan Malaysia

Pemandu lori didakwa bunuh bapa

P. NIRUBEN (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini bagi didakwa atas tuduhan membunuh bapanya dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada awal pagi, Sabtu lalu.

Tertuduh, P. Niruben, 26, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V. Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah didapati membunuh bapanya K. Paramasivan, 49, di antara pukul 12.20 tengah malam sehingga 1.10 pagi di Taman D’ Ambang Kota Lukut.

Oleh itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun hingga 40 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh.

Vanita kemudiannya menetapkan 12 September depan untuk sebutan semula kes.

Media pada 5 Ogos lalu melaporkan seorang bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk berakhir dengan tragedi apabila dia dipukul hingga mati oleh anak lelakinya dalam kejadian di Taman D’Ambang Kota, Lukut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa berusia 26 tahun yang memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri pada pukul 12.45 tengah malam.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati sebelum kejadian mangsa mabuk dan bergaduh serta dipukul oleh anak lelakinya iaitu suspek.

“Punca kejadian kerana suspek tidak berpuas hati dengan bapanya yang mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising,” katanya.

Aidi Sham berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah negatif.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN