Pegawai Integriti Bertauliah ditempatkan di organisasi sesuai dengan peranan - Utusan Malaysia

Pegawai Integriti Bertauliah ditempatkan di organisasi sesuai dengan peranan

SARIMAH Sulaiman (empat dari kiri) bergambar di hadapan lukisan Mural Integriti sempena Majlis Penutup Enhancing Integrity Project (EIP), Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 35 Bil. 2/2023 di Kolej Mara Seremban di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha untuk meletakkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ditempat yang sepatutnya dan bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab meningkatkan keupayaan organisasi ke arah bebas rasuah.

Penolong Kanan Pesuruhjaya, Ketua Pusat Pembangunan Integriti Korporat, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Sarimah Sulaiman berkata, antara usaha dan saranan SPRM yang menjadi kenyataan adalah dengan wujudnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 Mengenai Penubuhan Unit Integriti di semua agensi kerajaan. 

“Pekeliling yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013  dengan jelas menyatakan bahawa unit integriti hendaklah diketuai oleh CeIO. Hal ini secara langsung dapat meletakkan CeIO di tempat sepatutnya sekaligus mengiktiraf peranannya.

“Langkah menempatkan CeIO di sesebuah organisasi awam mahupun swasta merupakan suatu usaha berterusan yang diharap mampu memantapkan perjalanan sistem pengurusan. CeIO bakal menjadi tonggak dalam meningkatkan keupayaan organisasi ke arah organisasi cemerlang, bebas dari jenayah rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Penutup Enhancing Integrity Project (EIP), Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 35 Bil. 2/2023 di Kolej Mara Seremban di sini hari ini.

Sementara itu, Sarimah berkata, para peserta program tersebut telah mengikuti empat modul yang bermula pada 19 Jun lalu dengan setiap modul memberi penekanan khusus terhadap aspek pengurusan integriti, perundangan, 

“Saya amat berharap, setelah melengkapkan empat modul program CeIO ini, para peserta dapat menjadi menjadi tunjang dalam mencetus pembudayaan integriti dan akan terlaksana melalui tanggungjawab memastikan anggota organisasi patuh terhadap semua undang-undang, peraturan sistem dan prosedur.

“(Serta) menyematkan budaya zero tolerance terhadap rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dan memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada ketua jabatan atau pengurusan tertinggi,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya