PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkan nama-nama saksi termasuk Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) yang enggan hadir pada prosiding siasatan kepada umum, supaya rakyat tahu isu disiasat tidak mendapat kerjasama individu terbabit. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC juga mahu satu mekanisme perlu diwujudkan oleh kerajaan agar kesemua bekas Pegawai Pengawal dan KSU yang dipanggil, hadir ke prosidingnya. Katanya, majoriti prosiding diadakan pihaknya ada membabitkan…










