KMJ 2023 mulakan jelajah - Utusan Malaysia

KMJ 2023 mulakan jelajah

KMJ 2023 diketuai Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulakan jelajah dari Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Selepas tiga tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, hari ini Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 memulakan jelajah ke seluruh negeri.

Dalam hantaran media sosial Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, jelajah KMJ buat julung kalinya dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Berangkat sama dalam konvoi diraja, isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibrahim.

Turut berangkat Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 di Istana Pasir Pelangi hari ini ialah Tunku Tun Aminah Ibrahim.

Acara pelepasan konvoi diraja Johor dari Istana Pasir Pelangi, di sini disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya