Kementerian Pendidikan rangka kurikulum 2027

Kementerian Pendidikan rangka kurikulum 2027

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pen­didikan Malaysia (KPM) sedang membangunkan kurikulum per­sekolahan baharu khususnya­ bagi menilai semula mana-mana subtopik yang terlalu berat dan tidak selari de­ngan keperluan semasa murid.

KPM dalam satu kenya­taan berkata, pembangunan kurikulum baharu itu akan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum menerusi Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Katanya, setakat ini, seramai 1,600 orang terdiri daripada guru, pensyarah, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta industri dilibatkan dalam 21 sesi libat urus dan pelaksanaan konvensyen kurikulum.

“Bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan, KPM melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

“Tinjauan itu dilaksanakan secara dalam talian mulai esok (25 Ogos) sehingga 15 September depan melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027,” katanya semalam.

Kementerian itu pada masa sama menghargai pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh dan masyarakat umum berkaitan kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah di bawahnya.

Ini termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Katanya, pelaksanaan tindakan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pem­belajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara efektif dengan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

“Mana-mana subtopik yang terlalu berat dan tidak selari dengan keperluan semasa murid akan dinilai semula.

“KPM juga telah melaksanakan program Modul Bimbi­ngan (MOBIM) untuk mata pelajaran Matematik, Sains, bahasa Me­layu dan bahasa Inggeris sebagai inisiatif membantu guru memahami kurikulum dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan,” katanya.

KPM berkata, MOBIM telah disebar luas ke semua sekolah mulai Mac 2023 bermula de­ngan Tahun Satu.

MOBIM untuk Tahun Dua dan seterusnya akan diedarkan secara berperingkat sehingga selesai. MOBIM boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home.

“KPM sentiasa berusaha untuk terus memastikan murid dan guru berada dalam ekosistem kurikulum yang membangun potensi akademik dan sahsiah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN