Kemalangan udara di Malaysia

Kemalangan udara di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

27 September 1977:
Penerbangan Jepun yang dijadual dari Tokyo ke Singapura, pesawat McDonnell Douglas DC-8 terhempas berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Malaysia membawa 10 anak kapal dan 69 penumpang. Pesawat jatuh ke sisi bukit empat batu dari lapangan terbang, berhampiran sebuah ladang yang bernama Ladang Elmina.

4 Disember 1977:
Pesawat Malaysia Airlines (MH653) terhempas di Tanjung Kupang, Johor mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal.

6 Jun 1979:
Nahas pesawat Nomad 9M-ATZ (Double Six) di Kota Kinabalu, Sabah yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam yang lain.

18 Disember 1983:
Penerbangan 684, Malaysia Airlines Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terhempas.

15 September 1995:
Pesawat Malaysia Airlines jenis Fokker 50 terhempas di Lapangan Terbang Tawau dalam perjalanan dari Kota Kinabalu.

2 Mac 1997:
Helikopter dinaiki bekas Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Yahaya Ahmad bersama isterinya Rohana Othman meletup dan terhempas
di Kampung Jeransang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang.

31 Januari 2007:
Helikopter Super Puma L2, milik Malaysian Helicopter Services (MHS) membawa 10 penumpang termasuk dua krew, terhempas kira-kira 80 kilometer di luar pantai Bintulu, Sarawak.

13 Julai 2007:
Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia bersama enam anggota terhempas berdekatan Terowong Genting Sempah, Genting Highlands, Pahang.

24 Januari 2010:
Kemalangan udara di Simunjan 2010 berlaku di kawasan hutan Sungai Ladong Simunjan, Samarahan, Sarawak.

25 Mac 2010:
Pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di Sintok 201 di kawasan hutan simpan berhampiran Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia.

26 Jun 2010:
Helikopter terhempas di Baram 2010 berlaku apabila helikopter jenis Sikorsky S64 kepunyaan syarikat pembalakan Erickson Air-Crane (M) Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Miri, terhempas berhampiran Long Pelutan, Baram, utara Sarawak.

4 April 2015:
Enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih.

5 Mei 2016:
Bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter AS 350 berdekatan Sebuyau, Sarawak.

1 Januari 2021:
Helikopter dikendalikan My Heli Club terhempas dekat Pelabuhan Klang, Selangor.

2 Ogos 2022:
Pesawat ringan, Piper 28-161, yang menjalani latihan penerbangan
di Sungai Pinji, berdekatan Medan Gopeng Ipoh, Perak.

26 Oktober 2022:
Helikopter jenis Airbus AS 355 F2 terhempas berhampiran Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.

22 Julai 2023:
Helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 yang sedang menjalani ujian penerbangan terhempas di kawasan apron Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIAT) dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

17 Ogos 2023:

Pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas di Persiaran Elmina, Seksyen U16 Shah Alam dan mengorbankan enam penumpang, dua kru dan dua orang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN