Kelantan, Kedah ikut tema Pusat

Kelantan, Kedah ikut tema Pusat

KERAJAAN negeri Kelantan dan Kedah akan mengikut tema Hari Kebangsaan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya akan menambah tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dengan slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran negeri itu.

“Oleh itu tema Hari Kebangsaan peringkat negeri akan menjadi Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.

“Sambutan tahun ini agak berbeza berban­ding tahun-tahun yang lalu di mana ia akan berlangsung pada malam 30 Ogos bermula seawal pukul 6.30 petang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Di Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan Kerajaan Pusat untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Katanya, ia selaras de­ngan keputusan Terengganu sebelum ini.

“Pendirian kita sama seperti Terengganu ikut Kerajaan Persekutuan. Tak ada isu apa pun kita menggunakan logo serta tema yang sama kerana sambutan itu di peringkat Persekutuan, jadi kita di negeri ikut sajalah.

“Kenapa nak timbulkan perbalahan kerana tindakan sebegini bukan bermakna kita setuju dengan perpaduan atau Madani. Bubuhlah apa pun tetapi hati kita tetap macam kita. Yang pen­ting semangat patriotik kerana slogan yang lepas pun kita lupa dah,” katanya selepas mesyuarat Exco, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN