Golongan profesional dalam Pas hanya bahan penarik undi - Nur Jazlan - Utusan Malaysia

Golongan profesional dalam Pas hanya bahan penarik undi – Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Golongan profesional dan cerdik pandai dalam Pas hanya digunakan sebagai bahan tarikan supaya masyarakat menyokong parti itu, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana golongan profesional kurang diberikan jawatan serta kedudukan dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut sehingga menyebabkan sukar berlaku pembaharuan dalam parti berkenaan.

“Sebenarnya Pas hanya jadikan golongan profesional dan cerdik pandai sebagai tarikan atau barang hiasan dalam cermin supaya rakyat tertarik dengan parti itu. Sedangkan amat sedikit jawatan dan kedudukan tinggi diberikan oleh lebai yang mendominasi Pas kepada golongan profesional.

“Bila ramai golongan profesional sudah masuk Pas, mereka berhajat nak beri pandangan atau idea untuk memantapkan parti itu. Bila sudah banyak bercakap dan idea-idea mereka pun bernas, golongan profesional ini mula dapat perhatian pemimpin dan ahli akar umbi dan perkara ini sebenarnya tidak disenangi sesetengah pihak dalam parti itu.

“Mereka rasa jika dibiarkan golongan profesional berleluasa, bina kredibiliti dalam Pas, kedudukan mereka sebagai lebai atau ulama akan terancam. Pertembungan antara golongan konservatif dan golongan progresif dalam Pas sebenarnya satu pertembungan yang sudah lama berlaku sejak dulu lagi. 

“Sebelum ini apa yang dilihat orang luar ialah beberapa orang daripada golongan progresif diberi jawatan atau memenangi jawatan dalam peringkat Pas Pusat, tapi parti itu sememangnya tidak pernah berubah sebagai sebuah parti yang konservatif. Sebab itu bila golongan profesional mula menonjol, puak lebai mula lancarkan gerakan untuk bersihkan kumpulan progresif itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nur Jazlan yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai berkata, Pas hanya menggunakan golongan profesional untuk menunjukkan kepada umum bahawa parti itu bukan sahaja menjadi tarikan kepada agamawan, malah juga golongan bijak pandai.

“Pas hari ini sudah jauh berbeza sejak ia dipimpin Tan Sri Abdul Hadi Awang, parti itu tidak lagi meletakkan perjuangan Islam sebagai tunjang tapi sudah tukar kepada perjuangan mencari jawatan, kedudukan dan juga pitih banyak. Hadi bawa politik perpecahan dan kebencian kepada orang bukan Islam demi keuntungan politik.

“Biarpun pada setiap kali pilihan raya Pas meletakkan calon dalam kalangan profesional untuk tarik undi rakyat, namun akhirnya tempat mereka itu tak lebih kepada bahan pameran atau perhiasan untuk tarik undi masyarakat.

“Oleh itu, orang bukan Melayu kena imbas balik selama 60 tahun lepas siapa yang menjaga kebajikan dan kepentingan mereka, jawapannya adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN), apa yang telah dilakukan oleh Pas kepada orang bukan Melayu selama ini?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya