KOTA BHARU: Emosi dua beradik, anak kepada pasangan suami isteri yang maut dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu berhampiran Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini semakin stabil. Bercakap kepada Utusan Malaysia, nenek kepada kanak-kanak berkenaan, Amnah Ismail, 64, berkata, kedua-dua cucunya itu sudah dapat menerima kehilangan ibu bapa mereka itu. Menurutnya, Nik Adam Zarif Nik Mohd. Zulmi, 9, dan kakaknya Nik Adelia Zulaikha, 11, juga telah…