Dua cedera, motosikal, kereta langgar gajah - Utusan Malaysia

Dua cedera, motosikal, kereta langgar gajah

KERETA Perodua Kancil remuk, manakala Norkhuraihan Nor Hisam (gambar kecil) mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan akibat melanggar sekumpulan tiga ekor gajah yang melintas jalan di Kilometer 72, Jalan Yong Peng-Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dua cedera apabila tiga kenderaan terlibat dalam kemalangan selepas melanggar sekumpulan gajah di Kilometer 72 Jalan Yong Peng-Kluang berhampiran perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 6.35 pagi itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil, kereta Proton Saga dan motosikal Yamaha LC 135.

Akibat kejadian itu penunggang motosikal Honda LC 135, 

Norkhuraihan Nor Hisam, 26, mengalami kecederaan di muka serta beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menggunakan ambulans.

“Pemandu kereta Perodua Kancil, Rama Kumaran, 69, hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu kereta Proton Saga, Amir Goris, 54, tidak mengalami sebarng kecederaan. 

“Kejadian gajah liar melintasi jalan di Jalan Kluang-Yong Peng ini kerap berlaku. Oleh yang demikian, orang ramai khususnya pengguna jalan perlu berhati ketika melalui jalan ini khususnya pada waktu pagi dan malam,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Bahrin, kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Taman Sri Lambak melanggar seekor daripada tiga ekor gajah keluar secara tiba-tiba dari hutan di Gunung Lambak menyebabkan terjatuh dan mengalami kecederaan. 

Kereta Perodua Kancil yang datang dari arah sama turut melanggar gajah itu sebelum kereta Proton Saga tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta Perodua Kancil tersebut.

“Kecederaan kepada gajah tidak dapat dikenal pasti kerana berlari masuk ke dalam hutan selepas dilanggar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya