MUAR: Seorang lelaki dihukum penjara 702 tahun dan 234 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua anaknya sejak enam tahun lalu sehingga seorang daripada mangsa hamil. Jurubahasa mahkamah mengambil masa hampir sejam untuk membaca kesemua pertuduhan serta fakta kes dengan tertuduh hanya tunduk sambil menggelengkan kepala. “Saya terima hukuman ini atas perbuatan dilakukan,” kata tertuduh sebelum hukuman terhadapnya dibacakan oleh Hakim Abu Bakar Manat. Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 10 Julai lalu, manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya