Anwar terima kunjungan Menteri Luar China selama 25 minit 

Anwar terima kunjungan Menteri Luar China selama 25 minit 

ANWAR IBRAHIM (kiri) bersama Wang Yi dalam satu pertemuan meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi yang mengadakan lawatan ke Malaysia dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala di Pulau Pinang, hari ini. 

Dalam perkongsian di Facebooknya, beliau berkata, pertemuan kira-kira 25 minit itu menandakan kepentingan hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China menyaksikan negara itu kekal sebagai rakan dagang terbesar sejak 2009 dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.

“Dari segi pelaburan pula, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada tahun lepas dengan pelaburan berjumlah AS$12.5 bilion (RM55.16 bilion).

“Saya turut dimaklumkan, jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.62 bilion (AS$47.84 bilion) pada 2022 manakala import dari China menyaksikan peningkatan 20.7 peratus kepada RM276.50 bilion (AS$62.78 bilion) pada tahun yang sama.

“Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan, menandakan persahabatan yang lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.

“Moga hubungan kedua-dua negara ini terus kekal utuh dan harmoni, insya-Allah,” katanya. 

Yang hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ia merupakan lawatan kali keenam Wang Yi ke Malaysia sebagai Menteri Luar China.

Katanya, lawatan beliau ke negara ini akan memberi peluang terbaik untuk kedua-dua pihak membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Lawatan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk faedah bersama,” kata kenyataan itu lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya