Anak bongsu rindu Siti Sarah – Shuib

Anak bongsu rindu Siti Sarah – Shuib

SHUIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Mata Ayash tutup tapi air mata mengalir”.

Itu perkongsian pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39, mengenai anak bongsunya, Ayash Affan yang kemungkinan merindui ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin semasa tidur.

Shuib malah bersyukur ke­rana isteri baharunya, Watie Hanifiah sangat memahami dirinya serta menjadi pengganti buat anak-anaknya menum­pang kasih.

“Saya lihat anak-anak terlalu gembira dengan mommy baharu sekarang. Jadi, saya pun rasa senang hendak buat kerja.

“Dia juga menjaga pem­belajaran anak-anak dan pandai masak, jadi anak-anak pun suka dan gembira,” katanya.

Kelmarin, Shuib berkongsi gambar Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ketika berada di Jabal Rahmah, Mekah sempena genap dua tahun pemergian penyanyi itu dalam Instagram.
Kongsinya, perasaan terhadap Siti Sarah tidak pernah pudar, malah rindu dan sayang sentiasa mekar di hatinya.

Siti Sarah meninggal dunia 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan.

Selain Ayash, mereka juga memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 6.

Terdahulu, Shuib menerusi sidang akhbar memaklumkan tetap dengan pendirian meneruskan tindakan saman terhadap defendan, Md. Johan Dihani Mohd. Zaini yang memuat naik sebuah poster iklan barang kemas dan menurunkan komen yang menjerumus ke arah fitnah.

Shuib juga bertegas untuk tidak memberi muka kepada individu yang telah menabur fitnah mengenai dirinya termasuk Allahyarham isteri, Siti Sarah Raisuddin berhubung kaitan organisasi Freemason.

Peguam mewakili Shuib, Syed Afiq Syed Albakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin memaklumkan writ saman dan penyataan tuntutan terhadap defendan sudah diserahkan kepada pihak mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN