Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang Auckland

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang Auckland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand yang terjadi hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, berdasarkan laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang dan setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam orang yang lain. 

Katanya, penembak rambang tersebut juga dilaporkan mati di tempat kejadian. 

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra justeru memaklumkan rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington yang terletak di 10 Washington Avenue Brooklyn, PO Box 9422, Wellington.

Selain itu, mereka boleh menghubungi talian +64-4-3852439 dan +64-210440188 (untuk kecemasan) serta emel, [email protected]

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Wisma Putra.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya