Tiada ancaman Islam ketika pentadbiran kerajaan perpaduan  - Utusan Malaysia

Tiada ancaman Islam ketika pentadbiran kerajaan perpaduan 

MAHATHIR
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tujuh bulan kerajaan perpaduan mentadbir negara, tiada isu yang mengancam Islam seperti isu berkaitan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika tempoh kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 memerintah sebelum ini. 

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, kebolehan dan pengaruh parti politik boleh dibandingkan dengan usaha dan pencapaian ketika berada dalam kerajaan ketika ini. 

Menurut beliau, ini kerana semua parti politik tanah air sudah pernah berada dalam kerajaan. 

“Contohnya, bandingkan tujuh bulan pertama kerajaan PH 1.0 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan tujuh bulan pertama kerajaan perpaduan selepas PRU15. 

“Selepas tujuh bulan pertama kerajaan PH 1.0 yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad dan dibantu oleh Lim Guan Eng (DAP), Tan Sri Muhyiddin (Bersatu) dan Datuk Seri Mohamae Azmin Ali (PKR), telah berlaku satu bangkitan dan bantahan terbesar orang Melayu Muslim di Kuala Lumpur. Ingat tak?

“Bantahan terbesar terhadap rancangan Kerajaan PH 1.0 untuk menerima ICERD berlaku pada 8 Disember 2018, tujuh bulan selepas kerajaan PH 1.0 ambil alih tampuk pemerintahan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Shahrir, walaupun Tun Mahathir,  Muhyiddin dan Azmin ada dalam pentadbiran ketika itu, namun usaha kearah sekularisma telah berlaku secara berterangan.

“Mungkin kerana ada PKR dan DAP, kedua-dua parti yang berideologi sekularisma. 

“Kalau sekarang ini ada momokan bahawa Islam berada dalam bahaya kerana adanya DAP dan PKR dalam kerajaan perpaduan, bezanya Tun Mahathir, Muhyidin dan Azmin tidak berada dalam kerajaan. 

“Mereka di luar. Dan beza sebenarnya, BN yang berada di dalam. Dan sehingga kini, selepas tujuh bulan semenjak tertubuhnya kerajaan perpaduan, tidak ada pun isu yang mengancam Islam, seperti ICERD dulu. Momokan itu bukan realiti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN