PETALING JAYA: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seelpas disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM25,000 sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan. Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Satu sumber memberitahu, suspek tersebut yang merupakan bekas pegawai khas seorang menteri pada 2019 didakwa meminta wang rasuah tersebut daripada seorang…










