SPRM masih kesan saksi melabur lombong REE - Utusan Malaysia

SPRM masih kesan saksi melabur lombong REE

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan beberapa saksi dari China yang didakwa membuat pelaburan dalam aktiviti perlombongan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan membabitkan isu tersebut masih dijalankan dan mengabil masa untuk dileng­kap­kan.

Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini belum ada ahli politik yang dipanggil berhubung isu berkenaan termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Siasatan membabitkan isu berkenaan masih dijalankan dan perlu masa untuk dilengkapkan,” kata Azam.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah merakam kete­rangan 12 saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan perlombongan REE di ne­geri itu.

Saksi-saksi tersebut melibatkan pegawai Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang terlibat melombong REE.

Pada 19 Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah sebuah syarikat ditahan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah didakwa lebih RM13 juta.

Menurut sumber, kedua-dua individu, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun ditahan di Alor Setar dan di ibu negara.

Dalam pada itu, seorang pembantu kepada pemilik syarikat juga ditahan SPRM pada Jumaat lalu.
Penahanan suspek lelaki yang berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×