'Serah segera laporan siasatan kematian ibu bapa kami' - Utusan Malaysia

‘Serah segera laporan siasatan kematian ibu bapa kami’

NG AI LEE (tengah) meminta pihak berkaitan menyerahkan segera siasatan tentang kematian ibu bapanya akibat memakan ikan buntal pada Mac lalu di Kampung Chamek, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Keluarga pasangan suami isteri yang maut selepas makan ikan buntal pada Mac lalu menggesa laporan siasatan diserahkan segera kepada mereka. 

Anak pasangan tersebut, Ng Ai Lee, 51, berkata, sejak insiden menimpa ayah, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, dan ibunya, Lim Siew Guan, 83, hingga kini mereka masih belum menerima sebarang laporan tentang kejadian tersebut.

Malah, dakwanya, penjual ikan buntal berkenaan masih bebas menjalankan jualan ikan yang sama, sedangkan umum mengetahui bahaya yang mungkin berlaku. 

“Kami telah cuba meminta laporan toksikologi berkenaan tetapi ia dinafikan dengan alasan mesti diluluskan oleh penasihat undang-undang. 

“Kami tidak faham, mengapa kami dinafikan hak untuk mengetahui fakta kematian mereka?,” soalnya dalam satu sidang akhbar di Kampung Chamek, dekat sini hari ini. 

Ai Lee mengakui mereka sekeluarga amat kecewa dengan perkembangan siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang. 

“Pihak berkenaan berjanji untuk mengemas kini maklumat dan akan menghubungi kami bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini. 

“Walau bagaimanapun, hingga kini tidak ada satu mesej pun yang diterima daripada mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN