Serah Jasmine Loo kepada SPRM selepas siasatan polis selesai

Serah Jasmine Loo kepada SPRM selepas siasatan polis selesai

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan bekas peguam 1Malaysia Deve­lopment Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas melengkapkan siasatan ke atasnya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sudah pasti pihaknya sentiasa bekerjasama dengan SPRM dalam melengkapkan siasatan membabitkan 1MDB.

“Kita masih jalankan siasatan. Jadi tiada apa yang dapat dikongsi lagi buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, pihak­nya bersedia memangil Jasmine sebaik sahaja siasatan polis terhadap wa­nita itu selesai.

Beliau berkata, tinda­kan memanggil Jasmine bagi siasatan lanjut ber­kaitan penyelewengan 1MDB.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia turut melaporkan usaha menjejak dan mengesan aset milik Jasmine sedang giat dilakukan pihak berkuasa dalam melakukan pemulihan aset membabitkan dana 1MDB yang dipercayai berada di dalam dan luar negara.

Tindakan itu adalah usaha berterusan yang dilakukan SPRM bersama-sama PDRM dan agensi lain yang terlibat.

Aset-aset dan wang dianggarkan RM100 juta dipercayai berada di negara ini selain di beberapa negara luar termasuk Uni­ted Kingdom, Switzerland, Perancis dan Singapura.

Jasmine yang kini da­lam tahanan reman polis sebelum ini bersedia menceritakan perjalanan hidupnya sepanjang berada di luar negara sejurus meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN