Selepas 90 hari, jasad ‘Basni Sabrah’ disemadi

Selepas 90 hari, jasad ‘Basni Sabrah’ disemadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 90 hari di Unit Forensik Hospital Kajang, jenazah warga emas tidak dikenali yang menggunakan identiti lelaki lain ‘Basni Sabrah’ akhirnya dikebumikan tanpa nama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Pusat Jagaan Nur Hasa­nah, Kairul Anuar Ahmad berkata, urusan pengebumian bekas penghuni pusat jagaan itu dibuat mengikut agama Islam selepas tidak dituntut oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, kelulusan menguruskan jena­zah terbabit diberikan Pengarah Hospital Kajang selepas pihak hospital berpuas hati bahawa lelaki itu tidak berwaris.

“Dia dikebumikan di Tanah Per­kuburan Islam Ulu Rinching,” katanya.

Kairul Anuar berkata, warga emas terbabit dikebumikan tanpa nama memandangkan identiti sebenarnya tidak diketahui.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan ja­sad seorang lelaki warga emas bernama ‘Basni Sabrah’ masih lagi tersimpan dalam peti sejuk Unit Forensik Hospital Kajang walaupun sudah disahkan meninggal dunia pada 12 April lalu.

Berdasarkan prosedur Kementerian Kesihatan, proses menguruskan ja­sad warga asing tidak dituntut perlu mendapatkan surat kebenaran daripada kedutaan negara asal si mati.

Isu tersebut menimbulkan persoalan apabila Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan Basni Sabrah sebenarnya masih hidup dan menetap di ibu negara selepas menjejaki warisnya di Sumatera.

Akhbar ini juga berjaya mengesan pemilik sebenar nama Basni Sabrah dengan bantuan Kedutaan Indonesia yang kini bekerja sebagai kelindan lori di ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN