KUALA LUMPUR: Kemelut pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan bekas madunya, Ira Kazar berakhir aman selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak. Peguam, Puteri Ummi Kartini Abd. Latif mewakili Puteri Sarah selaku plaintif memaklumkan perkara itu kepada media selepas tamat prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Morakhmar Mohd. Sani. Turut serta pada prosiding tersebut ialah peguam, Ammar Ghalip mewakili Ira atau nama sebenarnya,…










