Rampas 5kg ganja dan pelbagai jenis dadah selepas tahan lima lelaki

Rampas 5kg ganja dan pelbagai jenis dadah selepas tahan lima lelaki

DADAH yang dirampas oleh Polis Kelantan dalam serbuan di Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk lima kilogram (kg) ganja dan pelbagai jenis dadah termasuk air ketum selepas menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas dan Tumpat dekat sini semalam.

Rampasan dadah dan penahanan suspek berusia 21 hingga 50 tahun itu dilakukan susulan tangkapan empat lelaki dalam serbuan melibatkan ketum di Ketereh di sini kelmarin.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan pertama pada pukul 4.30 petang, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pekarangan parkir hadapan bangunan Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke suspek, polis telah menjumpai ganja seberat lima kg dan air ketum sebanyak 150 mililiter yang dianggarkan berjumlah RM15,510.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif Tetrahydrocannabinol (THC). Semakan rekod mendapati salah seorang daripada tiga suspek itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, serbuan kedua pada pukul 6.30 petang di sebuah rumah di Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan polis telah menahan dua lelaki masing-masing berusia 50-an. 

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam rumah telah menjumpai 2,200 biji pil yaba, ganja (3.27gram) dan air ketum (30 liter) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM22,330.

“Hasil ujian saringan awal keatas kedua-dua suspek adalah negatif. Semakan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Kesemua suspek direman 7 hari bermula hari ini sehingga 26 Julai untuk siasatan lanjut. Polis Kelantan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya