KUALA LUMPUR: Pakar-pakar ekonomi tidak menolak ramalan pertukaran kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, boleh menyebabkan pelabur bimbang untuk melabur, sekali gus mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, pilihan raya negeri berkemungkinan memberi kesan negatif kepada pelaburan. Hal itu kerana, katanya, terdapat ketidaktentuan politik yang…










