PRN: Danni tidak bimbang naratif bapanya Rais Yatim - Utusan Malaysia

PRN: Danni tidak bimbang naratif bapanya Rais Yatim

DANNI Rais ketika ditemui selepas majlis Munajat Perdana dan Pengisytiharan Calon PN Negeri Sembilan di Seremhan malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Danni Rais, tidak akan terbawa-bawa dengan naratif bahawa kemasukan dan peningkatannya dalam politik adalah disebabkan bapanya, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Peguam berusia 36 tahun itu berkata, beliau tidak terganggu dengan naratif seperti itu kerana ia tidak akan dapat dikawal daripada disebar dan dimanipulasi oleh sesiapa pun.

“Akan ada cakap-cakap bahawa apa yang saya dapat kerana bapa saya. Saya tidak mahu nafikannya kerana sudah tentu beliau (Rais) adalah bapa saya.

“Hakikatnya, saya telah bergelumang dengan dunia politik sejak 13 tahun lalu dan telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, pahit dan manis dalam dunia politik dan semua ini mengukuhkan keazaman saya untuk terus menabur bakti kepada masyarakat,” katanya kepada para pemberita selepas majlis Munajat Perdana dan Pengisytiharan Calon PN Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Dalam PRN kali ini, Danni dijangka bersaing dengan sepupunya dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Bakri Sawir yang merupakan anak saudara Rais bagi kerusi DUN Klawang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Bakri menang kerusi itu dengan majoriti 976 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Baharuddin Jali.

Mengulas mengenai persaingan itu, Danni memberitahu, tidak ada masalah yang dijangka berbangkit walaupun mereka berdua mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Ini adalah perkara biasa, kami akan bertanding secara sihat. Tidak ada mahu serang peribadi, saya akan tawarkan kepada rakyat apa yang mampu saya lakukan,” katanya. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya