Liga Super: Kelantan FC perlu pemain baharu jika mahu bersaing

Liga Super: Kelantan FC perlu pemain baharu jika mahu bersaing

ALFREDO Vera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera mendedahkan pasukannya memerlukan pemain baharu jika mahu terus bersaing dalam kancah Liga Super termasuklah kempen Piala Malaysia musim ini.

Vera bagaimanapun, menyerahkan perkara itu diserahkan kepada pihak pengurusan pasukan untuk melaksanakan sementara jendela perpindahan pemain sedang dibuka ketika ini.

Menurutnya, pada masa sama dia akan terus berusaha membina mula jenama TRW dengan kekuatan yang ada.

“Namun jika ada pemain-pemain baharu dibawa masuk adalah lebih bagus. 

“Secara peribadinya saya memang mahukan lebih ramai pemain berkualiti kerana pasukan sangat memerlukannya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Mengulas kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan malam tadi Vera, TRW terpaksa akur dengan kehebatan pasukan pelawat yang jelas mempunyai persiapan lebih rapi dalam segenap aspek.

Katanya, pada masa sama Kelantan FC turut berdepan kesuntukan masa untuk melakukan persiapan bagi berdepan pendahulu Liga Super itu, tambahan pula dengan beberapa pemain baru menyertai pasukan sehari sebelum perlawanan.

“Namun kita harus akur dengan kekuatan JDT. Secara jujurnya saya merasakan JDT berada di tahap teratas berbanding pasukan lain. Pemain mereka lebih kuat serta mempunyai persiapan lebih bagus berbanding kita.

“Mahu atau tidak kita terpaksa akur dengan kekalahan malam ini tetapi saya tetap memuji pemain-pemain saya kerana telah memberikan yang terbaik sejak minit awal sehingga ke minit akhir pelawanan,” ujarnya.

Vera bagaimanapun melihat ada perkembangan positif dalam corak permainan pasukan apabila TRW yang hampir keseluruhannya dibarisi pemain muda berjaya mencipta beberapa peluang walaupun gagal menterjemahkannya ke dalam bentuk jaringan.

“Untuk perlawanan akan datang saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan fokus mereka dan meneruskan sesi latihan bersama pasukan seperti biasa. Kita akan terus berusaha memperkuatkan pasukan dan maju ke hadapan.

“Aspek kecergasan dan fizikal juga perlu dititikberatkan kerana kita dapat lihat barisan pemain Kelantan FC mudah keletihan dan prestasi mereka agak terkebelakang berbanding pasukan lain,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya