Lelaki temui ajal ketika cari madu atas pokok tualang

Lelaki temui ajal ketika cari madu atas pokok tualang

POKOK tualang yang dipanjat Hussin Leboh semasa melakukan kerja-kerja mencari madu di Kampung Cabang Tungkat, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pencari madu lebah ditemukan maut di atas pokok tualang dekat Kampung Cabang Tungkat, Bukit Lapan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu mangsa yang dikenali sebagai ‘Hussin Leboh’ berusia 55 dikatakan tersangkut di atas pokok tualang setinggi lebih 24 meter sebelum sempat tiba ke kawasan sarang lebah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang.

Menurutnya, sepasukan 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang yang diketuai komander operasi, Penolong Penguasa Bomba Azahar Elmi Mustofar telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

“Semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan, mangsa yang tersangkut di atas pokok berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil kecekapan anggota bertugas, mangsa telah berjaya dibawa turun pada pukul 7. 20 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Zainal memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis pada pukul 8.12 malam untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya