Kerajaan sekat bantuan tanpa tunai jika beli 'game online'

Kerajaan sekat bantuan tanpa tunai jika beli ‘game online’

FUZIAH Salleh (tiga kiri) menyerahkan replika sebagai gimik bantuan tanpa tunai kepada salah seorang pelajar di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan menyekat bantuan tanpa tunai yang disalurkan menerusi ‘e-wallet’ kepada pelajar tingkatan enam dan  Kolej Vokasional jika dikesan membeli ‘game online’.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, bantuan itu boleh digunakan untuk membeli data internet dan kos pengangkutan.

“Selain itu, pelajar boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli kebersihan diri atau alat tulis.

“Saya harap pelajar yang menerima bantuan ini memanfaatkan kemudahan disediakan kerajaan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita sempena Program Outreach Sara Hidup di Bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam Aliran Agama Kelantan di sini hari ini.

Seramai 240 pelajar tingkatan enam dan pelajar Kolej Vokasional menerima bantuan tersebut.

Fuziah memberitahu, sehingga kini seramai 4,116 pelajar terbabit telah menerima bantuan RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut iaitu sebanyak RM150.

Katanya, pemberian tanpa tunai ini boleh mengurangkan risiko penyalahgunaan bantuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN