Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan

JENAZAH tujuh beranak kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah tujuh beranak yang ditemukan lemas ekoran kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu.

Kesemua tujuh jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, di sini sekitar pukul 11.50 malam ini.

Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Dianggarkan lebih 200 ahli keluarga, saudara, rakan serta penduduk tanah rancangan Felda Lepar Hilir 3 hadir ke majlis pengebumian terbabit.

Bacaan talkin diperdengarkan sejurus selesai upacara pengkebumian tujuh sekeluarga di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Terdahulu, mayat kelapan yang dikenal pasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira pukul 3 petang di kawasan beting jeran terbabit.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya