Dewan Rakyat sahkan terima notis kekosongan luar jangka

Dewan Rakyat sahkan terima notis kekosongan luar jangka Parlimen Kuala Terengganu

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Rakyat hari ini mengesahkan sudah menerima notis makluman berhubung kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. 

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, beliau menerima surat bertarikh semalam daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memaklumkan kekosongan itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

“Ini berikutan penyandang jawatan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim tidak mengemukakan rayan yang berakhir pada 11 Julai selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pihak Mahkamah Persekutuan susulan daripada keputusan Hakim Pilihan Raya pada 27 Jun yang mengisytiharkan pillhan raya umum bagi kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal.

“Mahkamah Tinggi juga pada 11 Julai mengeluarkan Perakuan mengisytiharkan bahawa pilihan raya mum bagi kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal,” katanya dalam kenyataan, lewat petang ini. 

Sehubungan itu, Johari berkata, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh kekosongan berkenaan.

Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pihak pempetisyen iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi. 

Pas sebelum ini dilaporkan bersedia mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu susulan pihaknya tidak akan merayu terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi kawasan tersebut. 

Semalam, SPR dilapor akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Selasa depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK Parlimen Kuala Terengganu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya