KOTA BHARU: Perasaan cemburu didakwa menjadi motif seorang peniaga air balang maut disyaki ditikam bekas suami di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian, di sini, semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, motif kejadian tersebut adalah hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya. Menurut beliau, suspek dikatakan tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa mempunyai teman lelaki dan cuba memujuk bekas isteri untuk kembali semula kepadanya. “Mengikut maklumat keluarga, mangsa…