SEREMBAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) difahamkan akan ditandingi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Keputusan untuk memberikan laluan kepada calon BN itu adalah hasil rundingan akhir antara kedua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, ia sekali gus menyaksikan BN memperoleh satu kerusi tambahan daripada 16 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum…










