PUTRAJAYA: Meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan kepada pihak yang membocorkan data peribadi adalah antara aspek yang sedang dinilai dalam rangka untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Denda tinggi dilihat dapat menjamin organisasi mengambil tanggungjawab dan lebih berhati-hati ketika memproses data peribadi rakyat Malaysia bagi membendung insiden-insiden ketirisan dan penyalahgunaan data peribadi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Profesor Dr. Mohd. Nazri…










