Ziarah rahmah periksa lebih 12,000 jemaah

Ziarah rahmah periksa lebih 12,000 jemaah

PETUGAS Unit Kesihatan Awam membuat pemeriksaan pada buku kesihatan jemaah ketika melakukan Ziarah Rahmah di Hotel Zwar Albait, Mekah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Tabung Haji (TH) mempunyai strategi unik untuk mengesan tahap kesihatan jemaah apabila mengaktifkan Unit Kesihatan Awam yang membuat ‘Ziarah Rahmah’ dari bilik ke bilik di kesemua maktab di Mekah dan Madinah.

Penyelaras Operasinya, Dr. Nur Fatihah Oh Abdullah berkata, pasukan itu mempunyai lapan anggota terdiri daripada pakar dan penolong pegawai kesihatan persekitaran yang menjalankan aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Katanya, setakat ini mereka membuat pemeriksaan dan ceramah kesihatan ke atas 12,671 jemaah melibatkan 2,551 bilik atau bersamaan 87 peratus orang yang telah berada di Tanah Suci.

“Kita merupakan satu-satunya negara yang membuat pemeriksaan demikian bertujuan untuk bertanya khabar dan mengesan lebih awal sekiranya jemaah mempunyai masalah kesihatan tetapi tidak mahu pergi ke klinik.

“Jika ada yang agak serius, mereka akan dirujuk ke klinik atau pakar yang berkenaan. Ia dilakukan kerana saban tahun banyak penyakit melibatkan sistem pernafasan dan strok haba berlaku kepada jemaah haji,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Zwar Albait, di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya