KAJANG: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjadikan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak perempuannya yang memperoleh 9A sebagai jaminan kepada ibu bapa untuk meyakini sistem pembelajaran sekolah kerajaan. Melahirkan lega apabila anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd. Fadzli yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperoleh keputusan cemerlang, Fadhlina berkata, ia adalah sebahagian daripada kenangan manis pada tahun ini. “Saya ingin memberikan keyakinan kepada ibu bapa…










