UMNO pastikan kekal bertanding di kerusi tradisi - Khaled - Utusan Malaysia

UMNO pastikan kekal bertanding di kerusi tradisi – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN melihat pameran hasil rekaan penuntut PIS ketika mengadakan lawatan kerja di kampus politeknik tersebut di Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO akan berusaha memastikan parti itu kekal bertanding di kerusi-kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu masih belum diputuskan dan tidak terlibat secara langsung dalam rundingan pembahagian kerusi dengan parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak ada jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi UMNO nanti kerana tidak terlibat dalam soal pengagihan kerusi. Soal berapa kerusi itu biarlah pucuk pimpinan yang tentukan.

“Kita akan berusaha untuk kekal bertanding di mana-mana kerusi yang pernah jadi kerusi tradisi kita,” katanya mengulas berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini hari ini.

Mengenai isu pertindihan sembilan kerusi antara BN dan PH di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, Mohamed Khaled memberitahu, rundingan kini di peringkat akhir dan hanya beberapa kerusi belum selesai.

“Soal pertindihan kerusi ini tak begitu rumit dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat keputusan nanti,” katanya.

Pada Ahad lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sembilan kerusi tersebut akan dimuktamadkan di peringkat presiden parti dalam masa terdekat.

Menurut Asyraf, perundingan pembahagian kerusi itu berjalan lancar dan harmoni, sekali gus menepis persepsi negatif terhadap kerajaan perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya