GEORGE TOWN: Isu tuntutan negeri Kedah ke atas Pulau Pinang dilihat tidak lebih daripada bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Pensyarah Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun berkata, apabila PRN selesai nanti, isu berkenaan akan sejuk sehingga muncul pula isu lain. “Melalui isu-isu sebegini tentunya mereka (pemimpin politik) berharap rakyat melihat mereka sebagai juara membela…










