KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesahkan seramai 29,663 daripada 388,832 pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, jumlah itu hampir mencapai 30,000 pelajar yang tidak menduduki SPM dan tiada percanggahan dengan angka yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Katanya, rekod itu turut menyenaraikan jumlah keseluruhan yang tidak mengambil peperiksaan termasuk mereka yang mendaftar hanya satu mata pelajaran. “Apa yang…










